Don't want to wait? Shop our ready stock! 🛒

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini menetapkan bagaimana Handpicked by Alia Shop Enterprise dan perusahaan berkaitnya or anak syarikatnya (jika ada) (secara kolektif dirujuk sebagai “kami”) memproses data peribadi. Dasar Privasi ini menggariskan amalan kami berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan perlindungan data peribadi yang anda berikan melalui laman web, aplikasi mudah alih, borang, peranti, produk, halaman jenama kami di media sosial atau sebaliknya (secara kolektif dirujuk sebagai “Platform”), atau semasa anda berinteraksi dengan kami di premis kami termasuk pejabat dan kedai runcit kami. Dasar Privasi ini juga menjelaskan hak anda dan pilihan yang tersedia untuk anda berkenaan dengan penggunaan, akses anda kepada, dan cara untuk mengemaskini dan memperbetulkan data peribadi anda.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami dan/atau terus mengakses ke Platform kami dan menerima Terma Penggunaan (“Terms of Use”), anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, pemprosesan, penyimpanan, penzahiran dan penggunaan lain yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

Pengumpulan Data Peribadi

Sepanjang urusan anda bersama kami, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat mengenai diri anda atau mana-mana orang (“Data Peribadi”) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami hanya mengumpul maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi yang diberikan secara khusus dan sukarela oleh anda.

Dalam interaksi anda dengan kami atau dengan terus mengakses atau menggunakan Platform kami, kami akan mengumpulkan Data Peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor telefon, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, profil media sosial, gambar (termasuk fotografi), informasi audio dan/atau video, telivisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman keselamatan, pilihan peribadi dan tabiat membeli-belah, sejarah pembelian, maklumat transaksi, maklumat pembayaran, kandungan janaan pengguna, lokasi, maklumat peranti, alamat Internet Protocol (IP), laman web atau maklumat penggunaan aplikasi anda, maklumat yang dikumpulkan melalui penggunaan kuki penyemak imbas dan maklumat lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Dalam keadaan di mana kami mengumpulkan atau menggunakan data geolokasi anda atau data peribadi lain semasa membekalkan sebarang produk dan/atau perkhidmatan tambahan, kami tidak diwajibkan untuk memberi anda sebarang notis atau mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu melainkan diwajibkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Jika anda memberikan kami Data Peribadi mengenai individu lain, anda menyatakan dan menjamin bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan telah bersetuju bahawa anda boleh:-

    • Memberi persetujuan bagi pihak mereka untuk memproses Data Peribadi mereka;
    • Menerima sebarang notis perlindungan data bagi pihak mereka; dan
    • Menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka, atau berhak untuk membenarkan kami memproses Data Peribadi mereka.

Jika anda di bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) dan berniat untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda mengesahkan dan mengakui bahawa anda telah mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk terikat dengan Dasar Privasi ini.

Kuki dan Teknologi Pengesanan Yang Lain

Kuki (fail teks kecil yang diletakkan pada peranti anda) dan teknologi yang serupa mungkin digunakan di beberapa halaman Platform kami untuk membolehkan kami menyelaraskan pengalaman anda menggunakan Platform kami, untuk membolehkan penyediaan Platform kami yang berkesan, dan untuk membantu mengumpulkan data penggunaan dan prestasi. Kuki membolehkan kami membantu kami mengenali apabila anda kembali, menyimpan pilihan dan tetapan peribadi anda, membolehkan anda mendaftar masuk, memerangi penipuan, dan menganalisis pelaksanaan Platform kami.

Kami juga mungkin menggunakan kepingan kecil kod yang dipanggil “web beacons” atau “clear gifs” untuk mengumpulkan metrik pengiklanan tanpa nama (“anonymous”) dan agregat seperti mengira layaran halaman, paparan promosi atau respons pengiklanan. “Web beacon” adalah suatu imej elektronik yang dipanggil piksel tunggal atau “clear gif”. “Web beacon” dapat mengenali beberapa jenis maklumat tertentu, seperti nombor cookie pengguna, waktu dan tarikh paparan halaman, dan perihalan halaman di mana “web beacon” diletakkan. “Web beacon” boleh digunakan untuk menyampaikan kuki yang mematuhi dasar kuki kami. Kuki, “web beacons” dan “clear gifs” sedemikian mungkin berasal dari pihak ketiga.

Kami mungkin menggunakan kuki untuk tujuan berikut:-

    • Peningkatan keselamatan sistem kami;
    • Menyimpan pilihan peribadi anda dan menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan kepada anda; dan
    • Membantu kami memahami bagaimana individu menggunakan perkhidmatan ini dan mempertingkatkannya.

Sekiranya anda mengakses laman web atau aplikasi kami dengan butiran log masuk anda melalui log masuk media sosial, atau jika anda bersetuju untuk mengaitkan akaun anda di laman web dan/atau aplikasi kami (“Akaun”) dengan akaun tersebut, kami mungkin menerima Data Peribadi mengenai anda dari pengendali akaun tersebut berdasarkan dengan syarat penggunaan dan notis privasi mereka. Ini adalah untuk membolehkan kami menubuhkan Akaun anda dan menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda. Kami mungkin menambahkannya ke data yang kami telah mengumpul dari anda melalui aspek lain dari laman web dan/atau aplikasi kami.

Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak penggunaan kuki termasuk kuki yang dikaitkan dengan Platform kami, atau untuk menunjukkan apabila kuki telah ditetapkan oleh kami. Anda boleh menolak penggunaan kuki dengan memilih tetapan yang sesuai pada penyemak imbas (“browser”) anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih tetapan ini anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi Platform kami sepenuhnya. Selepas penamatan lawatan ke Platform kami, anda sentiasa boleh memadam kuki dari sistem anda jika anda inginkan.

Kuki dan teknologi pengesanan yang lain juga boleh digunakan untuk menyokong analisis oleh pihak ketiga yang lain.

Dengan terus mengakses atau menggunakan Platform kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi lain yang serupa selaras dengan Dasar Privasi ini.

Sumber Data Peribadi

Data Peribadi yang dikumpulkan, digunakan dan diproses oleh kami diperolehi dari sumber-sumber secara sah dan telus, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

    • Akses atau penggunaan anda Platform kami;
    • Apabila anda menyelesaikan pesanan pembelian, permintaan atau permohonan untuk produk dan/atau perkhidmatan kami;
    • Sebarang emel atau surat-menyurat yang kami terima daripada anda;
    • Perbualan antara anda dan wakil kami;
    • Semasa melengkapkan sebarang permohonan atau borang untuk tujuan transaksi ataupun tujuan lain;
    • Apabila anda menyertai sebarang acara, cabutan hadiah atau pertandingan yang dijalankan oleh kami atau secara tidak langsung melalui pihak ketiga;
    • Semasa menyelesaikan sebarang tinjauan yang kami kirimkan kepada anda untuk tujuan penyelidikan;
    • Program kesetiaan atau ganjaran;
    • Program rujukan;
    • Video atau rakaman peristiwa dan/atau aktiviti di premis kami termasuk pejabat dan kedai runcit kami;
    • Pihak ketiga yang diberi kuasa, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, agensi pelaporan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, dan entiti kerajaan yang lain;
    • Kontraktor, rakan niaga dan entiti berkaitan kami;
    • Penyedia atau rakan kongsi perkhidmatan pemasaran; dan
    • Senarai surat-menyurat.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Kami mungkin mengumpulkan, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tujuan berikut:-

    • Untuk mentadbir Akaun anda;
    • Untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda;
    • Untuk memproses sebarang pesanan yang anda buat dengan kami;
    • Untuk memproses pembayaran dan mencegah transaksi penipuan;
    • Untuk memaklumkan anda mengenai penghantaran produk dan/atau perkhidmatan;
    • Untuk menawarkan program kesetiaan atau ganjaran;
    • Untuk menawarkan program rujukan;
    • Untuk memberi mata anugerah dalam program kesetiaan atau ganjaran atau rujukan;
    • Untuk membolehkan kami menyediakan, memudahkan, melaksanakan, memperibadikan dan mempertingkatkan Platform kami untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan anda;
    • Untuk membantu kami memahami dan memajukan pengalaman pengguna yang disesuaikan berdasarkan pilihan, tingkah laku dan aktiviti anda;
    • Untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda;
    • Untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda, dan untuk memberikan sokongan pelanggan;
    • Untuk menyelesaikan pertikaian atau untuk menyiasat sebarang aduan anda buat atau dibuat terhadap anda;
    • Untuk mencegah, mengesan atau menyiasat sebarang kemungkinan pelanggaran, aktiviti haram atau kandungan yang dilarang di Platform kami;
    • Untuk memantau dan menganalisis penggunaan Platform kami oleh anda;
    • Untuk menyelidik, menilai dan membangunkan Platform kami;
    • Untuk mempromosikan atau menyampaikan maklumat, kemas kini dan berita mengenai Platform kami atau produk dan perkhidmatan baru kami, anak syarikat kami dan pihak ketiga yang lain, dan komunikasi tersebut mungkin berasal dari kami atau melalui pihak ketiga;
    • Untuk menyampaikan iklan tingkah laku (iaitu untuk menunjukkan kepada anda iklan dalam talian untuk produk dan/atau perkhidmatan yang mungkin menarik bagi anda, berdasarkan tingkah laku anda sebelumnya, dan untuk menunjukkan kepada anda iklan dan kandungan di platform media sosial);
    • Untuk digunakan dalam, untuk menyediakan dan/atau mempertingkatkan Platform kami, pertandingan promosi dan/atau kaji selidik pasaran yang anda memilih untuk menyertai, memproses invois dan pembayaran, dan aktiviti profil pelanggan mengenai Platform kami;
    • Untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pemasaran, analisis statistik dan pemodelan, pelaporan, dan pengurusan audit dan risiko;
    • Untuk membangunkan, menunjukkan, mengukur dan menjejaki pengiklanan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kandungan, kaji selidik dan promosi Platform kami atau produk dan perkhidmatan baru kami, anak syarikat kami dan pihak ketiga yang lain), dan untuk mengumpulkan maklumat mengenai anda dan bagaimana anda berinteraksi dengannya semasa anda menggunakan Platform kami;
    • Untuk mengekalkan sistem pengurusan operasi atau hubungan pelanggan kami;
    • Untuk mengekalkan dan memelihara rekod pelanggan atau syarikat dan pembangunan syarikat dalam urusan perniagaan biasa;
    • Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
    • Untuk mencegah dan mengesan jenayah;
    • Untuk menjalankan usaha wajar pelanggan, untuk mengesahkan identiti anda, untuk memantau, mengesan dan mencegah penggunaan atau penyalahgunaan Platform kami tanpa kebenaran atau penipuan;
    • Untuk penyediaan dan pelaksanaan semua dokumen, perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan untuk Platform kami;
    • Untuk operasi dan penyelenggaraan am Platform kami;
    • Tujuan yang diperuntukkan secara khusus dalam sebarang produk dan/atau perkhidmatan tertentu yang ditawarkan oleh kami;
    • Untuk menguatkuasakan dan melaksanakan hak yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau Terma Penggunaan; dan
    • Untuk memenuhi sebarang syarat undang-undang atau pengawalseliaan yang berkaitan dengan semua transaksi komersial, pelaksaan perniagaan atau aktiviti kami atau peruntukan produk dan/atau perkhidmatan kami, dan untuk membuat pendedahan di bawah kehendak sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil (“by laws”), garis panduan, pekeliling dan kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana ahli kumpulan syarikat kami dari semasa ke semasa.

Akibat Penolakan atau Kegagalan untuk Memberikan Data Peribadi

Kecuali dinyatakan sebaliknya, Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah diberi secara sukarela sepenuhnya dan anda tidak berkewajipan atau dipaksa untuk membuat demikian. Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan jika anda tidak memberikan kami Data Peribadi anda yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat yang timbul daripadanya:-

    • Ketidakmampuan untuk kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta, sama ada dengan standard yang sama, atau sama sekali;
    • Ketidakmampuan untuk kami menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan yang anda mungkin inginkan, termasuk maklumat mengenai diskaun atau promosi khas, atau produk dan/atau perkhidmatan baru kami;
    • Ketidakmampuan untuk kami menyesuaikan kandungan Platform kami mengikut pilihan anda dan pengalaman anda menggunakan Platform kami berkemungkinan tidak menyenangkan atau bermanfaat;
    • Ketidakmampuan untuk kami melengkapkan transaksi komersial berkaitan dengan Platform kami; dan
    • Ketidakmampuan untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil (“by laws”), garis panduan dan/atau kod yang terpakai kepada kami.

Penzahiran Data Peribadi

Untuk membolehkan kami memenuhi tujuan yang disenaraikan di atas, Data Peribadi mungkin dizahirkan kepada, tetapi tidak terhad kepada, kelas berikut:-

    • Kakitangan, perkongsian, entiti usaha sama, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, subkontraktor kami atau pihak lain yang dianggap perlu oleh kami untuk memudahkan urusan anda dengan kami;
    • Vendor, konsultan, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan dan pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi perniagaan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
      • Pemproses dan fasilitator pembayaran;
      • Pembekal perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan anti-pengubahan wang haram;
      • Penyedia penyimpanan awan;
      • Pembekal analisis data;
      • Rakan kongsi penyelidikan;
      • Rakan kongsi fleet dan perdagangan; dan
      • Rakan kongsi insurans dan pembiayaan;
    • Syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan kami, termasuk syarikat yang diperbadankan pada masa akan datang dan/atau mana-mana ahli kumpulan syarikat kami;
    • Juruaudit, konsultan, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional lain kami yang dilantik berkenaan dengan perniagaan kami;
    • Mana-mana orang, agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri atau pihak ketiga lain yang berkenaan di mana kami diperlukan atau dikehendaki berbuat demikian selaras dengan sebarang undang-undang, atau sekiranya kami mempunyai kepercayaan yang baik bahawa penzahiran sedemikian diperlukan untuk melindungi dan/atau mempertahankan hak dan kepentingan kami atau sehubungan dengan penyiasatan mengenai penipuan, pelanggaran, cetak rompak, pengelakan cukai dan pengelakan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang; dan
    • Mana-mana orang di bawah tanggungjawab kerahsiaan yang wajib memastikan maklumat tersebut adalah disimpan secara sulit yang telah dilantik oleh kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami kepada anda.

Pihak ketiga ditugaskan secara sah untuk memproses Data Peribadi selaras dengan prinsip yang ditentukan oleh kami. Pihak ketiga juga bertanggungjawab secara sah untuk mengamankan Data Peribadi pada tahap keselamatan yang sesuai sehubungan dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai dan piawaian industri yang diterima secara meluas.

Data Peribadi juga boleh dizahirkan kepada pihak ketiga dengan persetujuan subjek rekod.

Jika kami atau perniagaan kami diambil alih oleh atau digabungkan dengan entiti lain, atau terdapat cadangan untuk pengambilalihan atau penggabungan, Data Peribadi mungkin dipindahkan kepada entiti tersebut sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan yang dicadangkan atau sebenar.

Perlindungan Data Peribadi

Kami memastikan bahawa semua kewajipan kerahsiaan yang sesuai dan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi dilaksanakan untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan Data Peribadi anda yang dikumpulkan melalui pelbagai kaedah yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini untuk mencegah sebarang akses tanpa izin, pemindaan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang, penzahiran atau pemprosesan maklumat dan data sedemikian, dan kehilangan atau kemusnahan yang tidak sengaja atau kerosakan maklumat dan data sedemikian. Usaha ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

    • Menyimpan Data Peribadi anda dalam sistem yang dilindungi oleh rangkaian dan persekitaran operasi yang selamat yang tidak tersedia kepada orang awam dan hanya boleh diakses oleh kakitangan kami untuk tujuan melaksanakan tugas rasmi mereka dan pihak ketiga yang diberi kuasa yang terikat kepada kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan Data Peribadi anda;
    • Memantau sistem kami secara berkala untuk kelemahan dan serangan yang berkemungkinan, dan mengkaji semula secara berkala amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami untuk mengemaskini langkah-langkah keselamatan fizikal, teknikal dan organisasi kami; dan
    • Mengesahkan identiti pengguna sebelum mereka boleh mengakses Data Peribadi yang kami simpan mengenai mereka.

Pematuhan terhadap peruntukan ini diperlukan oleh semua pihak ketiga yang diberi kuasa yang mungkin mengakses Data Peribadi seperti yang dijelaskan di atas.

Pilihan untuk Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi

Anda mempunyai hak untuk mengehadkan sebahagian atau sepenuhnya sebarang proses di mana Data Peribadi anda adalah tertakluk, dari segi operasi yang dibenarkan untuk dilaksanakan ke atasnya, tempoh masa yang dibenarkan, atau sebagai alternatif, tarikh akhir persetujuan tersebut yang diberikan.

Tanggungjawab pematuhan terletak pada kami yang menentukan tujuan dan cara memproses Data Peribadi anda.

Anda hendaklah memaklumkan kami secara bertulis untuk meminta Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami selagi ia adalah diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan sahaja, atau memaklumkan bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran di mana kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut. Anda boleh menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, persetujuan anda yang diberikan kepada kami. Penarikan balik anda dalam setiap kes adalah tertakluk kepada batasan undang-undang, syarat kontrak, dan tempoh masa yang munasabah. Penarikan balik anda mungkin juga tertakluk kepada sama ada ia akan mempengaruhi operasi perniagaan kami.

Hak Anda

Berkenaan dengan Data Peribadi yang anda telah berikan kepada kami, anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk:-

    • Meminta akses kepada Data Peribadi anda dalam rekod kami;
    • Meminta membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda dalam rekod kami jika maklumat tersebut tidak tepat, mengelirukan, tidak terkini atau tidak lengkap atas pengesahan maklumat baru yang diberikan;
    • Meminta menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran;
    • Membantah terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, meminta untuk menyekat atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau meminta kemudahalihan Data Peribadi anda;
    • Menarik balik persetujuan anda untuk kami meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda; dan
    • Mengadu kepada pihak berkuasa perlindungan data peribadi mengenai pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda oleh kami.

Berkenaan dengan permintaan untuk mengakses atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda dalam rekod kami, atau untuk menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran, permintaan sedemikian mesti dibuat secara bertulis dan disokong dengan pengemukaan dokumen yang berkenaan seperti yang dikehendaki oleh kami secara peribadi dari semasa ke semasa ke alamat yang dinyatakan di bahagian Hubungi Kami di bawah. Kami hanya akan membuat pembetulan yang sewajarnya berdasarkan maklumat terkini yang diberikan oleh anda. Apabila diminta dan ianya praktikal, kami akan memadamkan maklumat yang boleh dikenal pasti dari sistem operasi semasa kami. Permintaan anda juga mungkin tertakluk kepada pembayaran fi selaras dengan syarat undang-undang yang terpakai.

Anda boleh meminta pemadaman Data Peribadi anda oleh kami dan kami akan menggunakan usaha yang munasabah secara komersial untuk memenuhi permintaan anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kami mungkin dikehendaki untuk menyimpan maklumat tersebut dan tidak memadamnya (atau menyimpan maklumat tersebut untuk suatu tempoh masa yang tertentu, di mana kami akan memenuhi permintaan pemadaman anda hanya setelah kami memenuhi syarat tersebut). Apabila kami memadam sebarang maklumat, maklumat tersebut akan dipadamkan dari pangkalan data aktif tetapi ia mungkin kekal dalam arkib kami. Kami juga mungkin menyimpan maklumat anda untuk pencegahan dan pengesahan penipuan atau tujuan yang serupa.

Penyimpanan Data Peribadi

Data Peribadi yang anda berikan kepada kami hanya akan disimpan selagi ia adalah diperlukan untuk tujuan di mana ia telah dikumpulkan atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.

Walaupun sistem kami direka untuk menjalankan proses pemadaman data mengikut garis panduan di atas, kami tidak berjanji bahawa semua data akan dipadamkan dalam tempoh masa tertentu disebabkan oleh kekangan teknikal. Apabila kami tidak lagi perlu menggunakan Data Peribadi anda, ia dikeluarkan dari sistem kami atau dinamakan tanpa nama supaya anda tidak dapat dikenali.

Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi

Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin memproses dan menyimpan maklumat anda di pelayan (“server”) yang berada di Malaysia atau bidang kuasa lain di mana kami anggap sesuai atau wajar melainkan undang-undang yang terpakai menetapkan sebaliknya. Terdapat kemungkinan tahap perlindungan data di bidang kuasa lain tidak memenuhi sepenuhnya syarat undang-undang perlindungan data di Malaysia, tetapi semua pemindahan sedemikian adalah dilakukan selaras dengan syarat undang-undang yang terpakai.

Pautan ke Laman Web atau Aplikasi Mudah Alih Lain

Platform kami mungkin mengandungi pautan ke dan dari laman web atau aplikasi rangkaian rakan kongsi kami, pengiklan dan pihak ketiga yang lain. Jika kami dan akan diarahkan ke laman web atau aplikasi yang anda pilih. Oleh sebab kami tidak dapat mengawal aktiviti pihak ketiga, kami tidak bersebarang penggunaan maklumat peribadi anda oleh pihak ketiga tersebut, dan kami tidak menjamin bahawa mereka akan mematuhi amalan privasi yang sama seperti kami. Kami menggalakkan anda untuk semak dasar privasi laman web atau aplikasi ini sebelum memberikan sebarang maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi.

Kami juga mungkin menawarkan peluang untuk menggunakan log masuk media sosial anda. Jika anda berbuat demikian, harap maklum bahawa anda berkongsi maklumat profil anda dengan kami bergantung pada tetapan platform media sosial anda. Kami menggalakkan anda untuk melawati platform media sosial yang berkaitan dan semak dasar privasinya untuk memahami bagaimana Data Peribadi anda dikongsi dan digunakan dalam konteks ini.

Media Sosial dan Kandungan Buatan Pengguna

Sesetengah laman web dan aplikasi kami membenarkan pengguna menghantar kandungan mereka sendiri. Sila ingat bahawa apa-apa kandungan yang dikemukakan kepada salah satu platform media sosial kami boleh dilihat oleh orang ramai, jadi anda harus berhati-hati untuk menyediakan Data Peribadi anda yang tertentu, seperti maklumat kewangan atau butiran alamat. Kami tidak betanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang diambil oleh individu lain jika anda menyiarkan Data Peribadi di salah satu platform media sosial kami dan kami mengesyorkan agar anda tidak berkongsi maklumat tersebut.

Pemasaran dan Promosi

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi kami, rakan kongsi, penaja dan pengiklan kami. Kami mungkin menyampaikan pemasaran sedemikian kepada anda melalui pos, panggilan telefon, perkhidmatan mesej ringkas (SMS), sosial media dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai. Jika anda ingin menghentikan langganan pemprosesan Data Peribadi anda untuk pemasaran dan promosi, anda boleh klik pautan “Unsubscribe” di emel atau mesej yang berkaitan. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengemaskini pilihan anda di tetapan laman web dan aplikasi kami atau hubungi kami terus di alamat emel yang dinyatakan di bahagian Hubungi Kami di bawah. Harap dimaklumkan bahawa setelah kami menerima permintaan anda untuk menghentikan langganan, ia mungkin mengambil masa hingga empat belas (14) hari bekerja untuk memproses permintaan anda dan dicerminkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima komunikasi pemasaran dalam tempoh masa ini.

Bahasa

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Pindaan pada Dasar Privasi

Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan/atau meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Kami akan mengambil langkah yang wajar untuk memastikan pindaan kepada Dasar Privasi ini akan disampaikan dengan menyiarkan semua pindaan dengan jelas di Platform kami dan tempat lain yang kami anggap sesuai untuk tempoh masa yang munasabah. Pindaan kepada Dasar Privasi ini akan berkuatkuasa setelah diterbitkan di mana-mana Platform kami kecuali dinyatakan sebaliknya. Akses atau penggunaan berterusan anda Platform kami selepas sebarang pindaan menunjukkan persetujuan anda terhadap amalan yang dijelaskan dalam Dasar Privasi yang disemak. Jika anda tidak bersetuju, anda harus segera menghentikan penggunaan anda Platform kami. Kami menggalakkan anda untuk semak secara berkala Dasar Privasi ini untuk mengetahui sebarang pindaan yang berkaitan, terutama sebelum anda memberikan sebarang maklumat kepada kami.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai Dasar Privasi, cara kami mengendalikan Data Peribadi anda, atau anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda di atas, hubungan kami di sini

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop